March 30, 2013

Nafsu lawan Akal ?



Salam sejahtera~










Tiba-tiba rasa diri nie teruk sangat. X( Kadang-kadang ada jugak tertanya, “Kenapa aku mesti ditimpa dugaan yang sebegini? Aku tak kuat.Aku lemah! Terlalu lemah!” 





Bila fikir balik, memang tak patut pertikaikan ketentuan Allah. Allah dah tetapkan A, maka A lah jadinya. Lagi satu, Allah takkan beri ujian yang tak dapat ditangani oleh hamba-Nya. Maksudnya Allah tahu kita boleh tangani dugaan tu dengan baik. Plus,He knows everything while we know nothing. All we have to do is just use our akal sebaik-baiknya to find the solution. Habib Ali ada cakap, “Orang yang tidak menggunakan akalnya dengan elok, di akhirat nanti dia akan menyesal....”  sebab akal ialah keistimewaan yang  Allah berikan kepada manusia sahaja – binatang dan tumbuhan pun takde akal – untuk berfikir apa yang baik dan apa yang buruk. Sebab tulah Allah berfirman,  “Manusia ialah sebaik-baik ciptaan........” 





 * * * * * * * * * *





“Memberi nasihat itu mudah tetapi menerima nasihat itu susah.”





Kenapa?!



1- Ego yang menguasai diri.
2- Rasa diri lebih baik sedangkan tak pon xD
3- Hawa nafsu.



Betul, kita bukannya ada kuasa nak kawal ketiga-tiganya especially nafsu kita and memang susah pun untuk kita terima nasihat tu sebab nasihat itu ibarat ubat yang pahit atau bittergourd atau apa-apa jelah yang rasa pahit.But hey,every problem has a solution,right? Solutionnya ialah kita jangan tengok orang yang memberi tapi kita tengok pada apa yang diberikan ; sama ada baik untuk kita ataupun tak. Manusia kan mudah lupa ~

Lagi satu, kita kena try lawan nafsu dan ego kita. Jangan terlalu ikut nafsu sebab nanti kita akan sentiasa dapat apa yang kita nak and kita boleh terlupa Allah. Ada la satu masa nie, tak ingat bila tapi penceramah tu cakap ‘berinteraksi’ dengan nafsu itu ibarat ‘berinteraksi’ dengan pisau.Boleh bayangkan tak ‘ketajaman‘ nafsu tu?

Yeah, sakit tuuu ~

Tuntasnya, kita mestilah sentiasa berwaspada and kawal nafsu.



*Nafsu dan akal ada bezanya. Akal dibantu oleh ilmu dan terletak di otak manakala nafsu dikawal oleh syaitan dan terletak di hati. Lepas nie jangan keliru, tau!Last but not least, akal yang sihat datang dari hati yang selamat! ^^ *





* * * * * * * * * *







Dosa itu ibarat api di dalam balang kaca. Api mengeluarkan asap dan menggelapkan balang kaca itu lalu kotorlah balang kaca itu.





Api itu ialah dosa, balang kaca itu ialah hati dan asap itu ialah titik hitam. Setiap kali kita buat dosa, satu titik hitam akan timbul dekat hati kita. Cuba bayangkan kalau dosa yang kita buat terlalu banyak,mesti hati kita akan jadi gelap and kotor. Kesannya,seseorang individu itu akan susah untuk menerima nasihat kerana hatinya sudah tertutup dengan dosa. Sebab tulah kita tak boleh pandang rendah pada dosa kecil kerana dosa kecil membawa kita kepada dosa besar.

Apabila diri dibelenggu dosa, hidup jadi tak tenang and kita akan always rasa guilty sebab kita buat salah dengan Allah.Sesungguhnya setiap manusia mahukan ketenangan.Tak percaya? Cuba tanya semua orang, siapa yang tak nak ketenangan? Jamin semua cakap nak sebab dengan ketenangan,kita dapat buat something tanpa sebarang kesilapan.





“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang menyucikan (bertaubat) hatinya.......”





Waktu nielah akal kita buat kerja; akal akan menghantar ‘isyarat’ kepada kita untuk bertaubat dan tinggalkan dosa.

So, bertaubatlah, insya-Allah, dapat ketenangan.

 Eh, bila tengok balik, apa kaitan ayat kat atas tu dengan ketenangan sebab ayat tu kata orang yang berjaya bukan orang yang tenang?!

*angkatkening* Haha, cuba baca ayat tu betul-betul....bukan ke dengan ketenangan, kerja akan berjalan lancar?

Apabila berjalan dengan lancar,kerja cepat siap.

Then..... pandai-pandailah kaitkan.

Dah bagi klu dah tu. Macam Phua Chu Kang cakap, “Use your brain......”.  x)



* * * * * * * * * *











Sebaik-baik tempat bergantung ialah Allah. Setiap kali rasa sedih / resah / senang / apa-apa yang berkaitan dengan perasaan, mengadulah dekat Allah. Orang yang paling dekat dengan Allah ialah orang yang selalu bersedih. Bukan nak kata orang yang tak sedih tu tak dekat dengan Allah tapi sebab orang yang bersedih akan selalu ‘mengadu’ kepada Allah ; meaning selalu, I repeat, SELALU ‘jumpa’ Allah sebab tulah golongan tu paling dekat. Pastu bila kita ‘rapat’ dengan Allah, Dia akan senangkan kesulitan yang dialami, insya-Allah ~

Conclusionnya, find Allah anytime, anywhere except tandas dan yang seangkatan dengannya. Dalam buku PAI Form 2 ada terkandung tempat paling mustajab untuk berdoa :-





1-      Masjid atau surau

2-      Depan Kaabah

3-      Padang Arafah

4-      Raudah (antara mimbar dan makam Rasulullah)





Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang? So, remember Him always. Jangan lupakan Allah kelak Dia buat kita lupa pada diri kita sendiri. Korang nak Allah buat korang amnesia ke? Tak nakkan~ Nauzubillah......Okay, nak kongsi satu cara untuk ingat Allah boleh? Korang cakap tak nak pun aku tetap share gak.. xP Macam nie, lepas solat selitkan doa nie ;





“Wahai Tuhanku,Engkau berikanlah kepadaku agar sentiasa mengingatiMu, sentiasa bersyukur kepadaMu dan sentiasa beribadah kepadaMu.”





Insya-Allah korang akan sentiasa ingat. Doakan penghubung yang paling kuat ~

Kalau ada tersalah maklumat atau perselisihan pendapat, maaf diucapkan. Lagi satu, maaf sangat-sangat kalau ada terguris hati sesiapa. Maklumlah, manusia kadang-kadang buat kesilapan tanpa mereka sedar. Again, sorry for anything. Diri ini masih belum cukup matang ~

Sekian, salam alaik ~













Sumber :  Himpunan nota ceramah,

 SMAKL, 2011-2012.

.  Dreamer  .