August 30, 2014

Reflection



Note :
When you stop expecting people to be perfect, you can like them for who they are.
- Donald Miller -  

I always thought I'm very unlucky.
rupa-rupanya ramai yang lagi malang daripada aku.
Bila dengar cerita orang pasal family diorang
pasal hidup diorang.
pasal......betapa bertuahnya aku
sebab dapat apa yang diorang tak dapat.
*kachingg*
Dan bermulalah epik muhasabah diri.
Mengimbau balik things yang aku sendiri tak puas hati.
Saat itu baru terasa yang aku ni memang bertuah
sangat sangat bertuah.

Tanggungjawab.
Dah mula terasa betapa pentingnya role yang aku pegang.
Bila tengok list jawatan, macam tak penting je rasa
padahal dah tahu yang tanggungjawab itu berat
walau sekecil mana pun jawatan kita.
even AJK subjek yang orang anggap nothing tu pun penting untuk markah keceriaan kelas
Hilang satu markah mungkin berpunca daripada AJK subjek itu sendiri.
Kita taktau sebab bukan kita yang isi markah keceriaan.

"Helleh, cikgu tak perasan laa."

Siapa kata?
Mungkin cikgu perasan tapi cikgu tak cakap.
Dan beliau menolak markah tanpa kita tahu punca penolakan markah.
Dan kita pun rasa kelas kita lagi kemas daripada yang lain
sedangkan tanggungjawab menukar maklumat di papan subjek tu ditolak tepi.
Tak ke......... unfair?
*angkat bahu*

* * * * * * * *

"Korang tau tak kenapa BADAR takde vest macam pengawas, macam QM, macam koopian?"


Senyap.



"Sebab seorang pendakwah itu tak perlu dihebahkan kewujudannya. Seorang pendakwah itu dikenali kerana kehebatan ilmu dia, kerana aura dakwah dia. Biar kita low profile asalkan ilmu kita high."

Angguk.

"Kita cuba berdakwah melalui jawatan kita.Contohnya macam kau photographer kan? Boleh snap gambar yang simple tapi ada banyak maksud tersirat."

"Oooooo...maksud kau macam segmen lensa ibrah dalam solusi tu la kan?"

"Hah? hah ye la tu.."
-.-"

* * * * * * * *

QM pun ada perancangan nak wujudkan stor sukan dekat asrama.
Nak wujudkan riadah setiap petang yang kononnya (dulu) wajib untuk pelajar.
So, kami nak cuba jalankan benda baik ni
supaya pelajar SMAKL semua sihat.
Dan aku bertanggungjawab jaga stor sukan.
Nampak ringan je padahal.....
Barang tak cukup, report!
Barang tak pulangkan, cari peminjam!
Lambat bukak stor, kena marah!
Barang rosak, report!
Stor bersepah, kemas!
Kerana tanggungjawab itu satu amanah.
Maka, laksanakanlah dengan jujur.
-FIN-




Sticky note :
“I used to think I was the strangest person in the world
but then I thought there are so many people in the world,
there must be someone just like me who feels bizarre and flawed in the same ways I do.
  I would imagine her, and imagine that she must be out there thinking of me too. 
Well, I hope that if you are out there and read this and know that,
yes, it's true I'm here, and I'm just as strange as you.” 
- Frida Kahlo -




p/s : Menjadi diri sendiri adalah lebih baik kerana apabila ujian datang menimpa, kau boleh hadapinya dengan cara sendiri; yakni hanya kau yang tahu dan orang lain tidak tahu. Dan kau tak perlu bersusah payah menghafal langkah-langkah mengatasinya sebab kau guna cara kau sendiri.

Vn.n


No comments:

Post a Comment

Someone requested 😌