September 13, 2014

Maturity

Pejam celik pejam celik 
Dah bulan September.
Dah cuti penggal.
Dah.....start busy dengan tanggungjawab secara official.
Tapi rasanya,
Macam tak laksanakan dengan betul je.
Dah lah menyalahkan kamera sendiri.
Teruk . kan ?


 ..............................................

 
Kau tahu kenapa Allah cipta rasa jatuh ?
 Sebab Allah nak kau belajar. 
Belajar daripada kejatuhan tu. 
Sebab kalau tak adanya jatuh. 
Kau tak kan bangun. 
Kau tak kan bangun untuk jadi manusia yang lebih baik.
 Sebab Allah tak kan buat sesuatu tanpa sebab.

Kau tau
orang yang cakap benda ni
muda setahun dari aku.

Malu.
Sebab aku yang lahir beberapa bulan lagi awal dari dia ni pun
Tak pernah nak kongsi benda macam ni.
Ngeh, bukan apa
Cuma rasa macam apa yang aku dapat sepanjang dekat SMAKL
Macam tak diamalkan.
Macam ada something yang tak dibuat-buat lagi
Tapi tatau what's that missing thing.
you know? 


..............................................


Bukak instagram harini
Banyak pulak ayat kesedaran untuk aku
Rasa macam......
Allah tegur aku harini. 

Dan aku dah lama sedar
aku sedang ditarik balik.
Sebab..... Allah kan Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi
Perjuangan Subuh-Usrah Ultrawomen-Jawatan '14/'15
Itu semua petunjuk laa
Kau dah sedar tapi kenapa tak buat? 

Sebab nak berubah terus memang bukan cara aku.
Bukan.... cara yang betul sebenarnya.
Sebab drastic change cuma akan bagi kau culture shock je.
Bukan perubahan yang akan kekal sehingga akhirnya.

Takde orang bangun pagi terus berjaya
Kalau nak guna magic pun
kena belajar cemana nak guna spell tu.
- Mrs F

..............................................


Kebelakangan ni asyik rasa macam....
Rasa macam.... nak spill kat someone.
tapi malangnya
Aku lebih suka menyimpan.
Nak ubah pun mungkin tak kot.
Sebab aku dah terbiasa menahan.
Kalau aku spill, mungkin aku rindu rasa sakit ni

Ngeheh, 
padahal itulah yang orang lain cuba nak buang.
Perasaan sakit yang mecucuk-cucuk hati kau.
Kenapa aku lebih suka masalah ni poke poke aku?
Sebab aku rasa baik aku yang sakit
daripada biarkan orang lain sakit sebab aku.

Aku tak suka macam tu.
I hate it when people hurt because of me.
Sebab aku rasa macam I'm the culprit.
Sebab aku rasa I'm the bad guy.

Tolong jangan sakit sebab aku.
Andai aku dah sakitkan kau,
Tolong cakap.
Sebab aku tanak tengok kau sakit sebab aku.
Boleh tak?

Thank you . 

-FIN-


..............................................


p/s : She shared, 
 
Cuti sekolah, siapa tak suka. Tapi iman, susah nak jaga. Baru je balik dah start leka. Dah dengar bising mama, Dah nampak jeling maut ayah, Dah kena warning dgn mama, Dah kena sindir dgn ayah. Tak boleh jadi, tak boleh biar, Kalau mak ayah aku meletup, Maknanya Allah pun meletup, Bukan meletup bom, Tapi, meletup dekat aku, Sebab dah jauh terleka. Bangun, _______ . Bangun.
(please fill in the blank with your name)

 

No comments:

Post a Comment

Someone requested 😌